Kaki Pecah Rumah Dicekup, 10 Kes Selesai

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pihak polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar bandar raya ini dengan penahanan seorang lelaki yang memiliki 13 rekod jenayah di Taman Sentosa di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lelaki berusia 34 tahun dan merupakan penganggur itu ditahan kira-kira 5.20 petang ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipercayai dicurinya di Taman Pelangi di sini dua minggu lepas.

"Lelaki itu bertindak mengundurkan keretanya dengan laju selepas menyedari kehadiran polis dan cuba merempuh kenderaan polis yang mengepungnya.

"Tindakan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan sedas tembakan di tayar hadapan kereta lelaki terbabit dan lelaki itu kemudian berjaya ditahan," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan (JBS) dan pelancaran Kelab Karate JBS Tigers, di sini.

Beliau berkata polis kemudian merampas sejumlah barangan daripada lelaki terbabit termasuk alat perkakas pecah rumah seperti pemotong wayar dan kunci Allen.

Sulaiman berkata berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan serta Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Mengenai penubuhan kelab karate terbabit, beliau berkata ia dapat memantapkan kemahiran mempertahankan diri dalam kalangan anggota polis dan keluarga mereka.

Beliau berkata buat masa ini kelab itu disertai 75 orang anggota termasuk tiga orang jurulatih terdiri daripada kalangan anggota polis.

"Setiap anggota dan pegawai polis kini diwajibkan untuk menyertai kokurikulum atau aktiviti sukan yang diminati setiap Khamis bagi menjaga kesihatan mereka. Karate adalah salah satu aktiviti yang dilakukan di IPD JBS  bagi menjayakan hasrat terbabit," katanya.

Tags / Kata Kunci: Johor , Pecah Rumah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan