Suspek Bunuh Ahli Perniagaan Malaysia Di Hatyai Serah Diri

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 8:42 PM

Lee Ah Wan maut selepas ditembak ketika sedang memandu kereta mewah dari Sadao ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai bersama-sama isterinya pada Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

SONGKHLA: Seorang lelaki berumur 47 tahun yang dipercayai  terlibat dalam kes pembunuhan seorang ahli perniagaan Malaysia di Hatyai pada Disember tahun lepas, menyerah diri kepada polis pada Khamis.

Ketua Polis Bahagian Ke-Sembilan Lt Jen Polis Wirapon Shuenpakdee berkata, lelaki dikenali Apichon Saelow itu menyerah diri di Balai Polis Thunglung di sini dengan diiringi peguamnya.

"Lelaki tersebut telah menafikan segala tuduhan berkaitan dengan kes pembunuhan tersebut. Pihak polis juga tidak membenarkan ikat jamin terhadapnya," katanya kepada pemberita Khamis.

Menurutnya, lelaki terbabit dituduh bekerjasama untuk membunuh seseorang, memiliki senjata api dan peluru secara haram serta membawa senjata api ke kawasan awam tanpa kebenaran.

Dalam kejadian pada 4 Disember tahun lepas, ahli perniagaan Malaysia dikenali Lee Ah Wan, 54, maut selepas ditembak ketika sedang memandu kereta mewah dari Sadao ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai bersama-sama isterinya.

Kereta ahli perniagaan yang berasal daripada Kedah itu telah ditembak oleh individu menaiki kenderaan lain menggunakan senapang M-16, yang turut menyebabkan isterinya, warganegara Thailand cedera parah.

Polis tempatan mengatakan terdapat 10 kesan tembakan di bahagian badan dan kepala Lee.

Pihak polis menurut Wirapon, telah mengeluarkan enam waran tangkap terhadap mereka yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan itu, dengan empat daripada mereka masih belum ditahan.

Pada 21 Disember tahun lepas, katanya polis telah menahan seorang wanita dikehendaki berkaitan kes berkenaan, Nongyao Chamninual, 41, yang menetap di daerah Punpin, Surat Thani.

Siasatan polis menunjukkan mereka yang terlibat dalam kes itu memperoleh upah sebanyak Baht 1.4 juta (RM162,000) bagi melaksanakan pembunuhan terhadap ahli perniagaan Malaysia itu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Hatyai , bunuh , ahli perniagaan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan