Polis Percaya Ada Individu Lindungi Banduan Lolos - Berita Jenayah | mStar

Polis Percaya Ada Individu Lindungi Banduan Lolos

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Polis percaya ada individu melindungi banduan yang meloloskan diri daripada penjara Marang lebih seminggu lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata adalah mustahil dalam tempoh yang agak panjang itu banduan tersebut masih boleh meneruskan kehidupan tanpa pertolongan individu lain.

"Dari mana dia dapatkan bekalan wang, makanan dan minuman untuk teruskan hidup ...jadi kita percaya ada individu yang cuba melindungi dan bersubahat dengan banduan tersebut," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Rosli mengingatkan orang ramai agar tidak melindungi dan bersubahat dengan banduan itu kerana boleh didakwa di bawah Seksyen 216 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Dalam kejadian pada 24 Januari lalu, banduan berkenaan, Mohd Nazri Mat Nasir menggunakan helah untuk ke tandas sebelum meloloskan diri ketika sedang mengikuti kelas agama.

Rosli berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan banduan yang berasal dari Kampung Paya Resak, Marang masih berada di sekitar daerah Dungun atau Setiu dan polis sedang giat memburunya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: banduan , lolos , penjara Marang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan