Pemandu Lori Lampias Nafsu Pada Coli Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Seorang lelaki dikepung penduduk Kampung Kenangan Batu 13 di sini apabila kelakuan peliknya menggunakan coli untuk melampiaskan nafsu terbongkar.

Sebelum itu, sebuah keluarga sering tertanya-tanya kenapa pakaian dalam ahli keluarga wanitanya mengambil masa lama untuk kering.

Perbuatan lelaki itu bagaimanapun terbongkar apabila ahli keluarga berkenaan melihat sendiri apa yang dilakukannya ketika menghampiri tempat sidai pakaian di luar rumah mereka pada 4.30 petang, Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pengadu mendengar sebuah motosikal berhenti di depan rumah mereka pada petang Selasa.

"Apabila mengintai dari bawah pintu, kelihatan sepasang kaki berjalan ke tempat menjemur pakaian.

"Apabila mangsa keluar, didapati suspek bertubuh gempal sedang lakukan sesuatu pada pakaian dalam yang dijemur. Mangsa nampak apa yang sedang dilakukan lelaki itu," katanya.

Katanya, pengadu kemudiannya mendapatkan bantuan jiran dan mengepung suspek yang merayu supaya dilepaskan.

"Bagaimanapun pemandu lori itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketika disoal siasat, lelaki berusia 55 tahun itu mengaku telah tiga kali ke pekarangan rumah itu untuk melampiaskan nafsunya.

"Kami mengambil coli biru dan oren yang dijemur dan mendapati ada kesan air mani pada kedua-duanya," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan