Bekas KSU KDN, Khalid Shariff Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Seksyen U10, Bandar Nusa Rhu, Shah Alam pada petang Rabu.

Difahamkan Allahyarham yang berusia 59 tahun yang menghidap penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 3.45 petang.

Jenazah akan dimandi dan dikafan, sebelum disembahyangkan di Surau Al-Ikhwan, Taman Sandaran, Puncak Perdana serta dikebumikan pada pukul 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Khamis.

Ketika hayatnya, Allahyarham berkhidmat di KDN pada Januari 2014 dan sebelum itu mengisi kerusi Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan.

Mohamad Khalid, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya.

Allahyarham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Disember 1981 dan berpengalaman dalam bidang keselamatan, perolehan dan kewangan, pembangunan serta pengurusan menerusi karier perkhidmatannya.





iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan