Adun Sekinchan Hilang Wang RM20,000

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 8:28 PM

Ng Suee Lim

Ng Suee Lim

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim mendakwa beliau kerugian RM20,000 selepas wang tunai yang diletak dalam keretanya hilang dalam kejadian cermin keretanya dipecahkan.

Ng, 45, yang merupakan anggota politik DAP berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi selepas beliau meletakkan keretanya di  kawasan tempat letak kereta yang terletak di seberang jalan berhadapan sebuah bank di pekan lama Kuala Selangor.

"Setelah kembali semula ke kenderaan saya selepas 10 minit kemudian, saya terkejut apabila mendapati cermin bahagian hadapan kereta jenis Mazda CX5 saya dipecahkan.

"Saya kemudian mendapati sebuah sampul surat bersaiz A4 berisi wang tunai RM20,000 yang diletakkan dalam kereta tersebut dilarikan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata wang tersebut sepatutnya digunakan sebagai bayaran bonus serta 'ang pow' bagi kakitangannya sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor mengesahkan menerima laporan daripada Ng berhubung kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: Ng Suee Lim , pecah cermin , Adun Sekinchan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan