Serangan Obor-Obor Di Tanjung Aru

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 9:55 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan selepas dipercayai disengat obor-obor di pantai Tanjung Aru dekat sini.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah, Kol. Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Marshanda Shenelle Ponsiun, 9, dihantar he hospital akibat sengatan obor-obor di bahagian kaki kiri dan tangan kanannya.

Mulliadi berkata anggota JPAM yang bertugas di menara penyelamat pantai Tanjung Aru terlebih dahulu memberi rawatan awal menggunakan semburan asid asetik sebelum kanak-kanak itu dibawa ke hospital.

"Lebih kurang jam 10.30 pagi, dua anggota menara yang membuat rondaan ternampak seorang kanak-kanak perempuan menjerit kesakitan. Mereka mendapati kanak-kanak itu disengat obor-obor dan kemudiannya mengeluarkan mangsa dari air.

"Anggota memberikan rawatan awal (semburan asid asetik) sebelum mangsa dihantar ke HQE oleh keluarganya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mulliadi berkata pihaknya merekodkan sebanyak 22 kes sengatan obor-obor di pantai Tanjung Aru mulai 1 Januari sehingga hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang awam supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika menjalankan sebarang aktiviti riadah di pantai terbabit bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan