Wanita Maut Ditikam, Ditetak Suami

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 10:48 PM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Seorang wanita warga Thailand maut selepas ditikam dan ditetak suaminya sebelum lelaki itu bertindak menggantung dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, Butterworth dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa R. Maphooh, 34, ditetak suaminya seorang warga tempatan di rumah mereka. 

"Mereka dipercayai bertengkar di dalam bilik sebelum berlaku pergaduhan sehingga suaminya bertindak menikam dan menetak isterinya beberapa kali dari dalam bilik sehingga ke luar rumah.

"Wanita itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas ditetak dan ditikam di bahagian leher, badan dan paha kanan. Mayatnya ditemui di atas penutup longkang di hadapan rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah," katanya pada sidang akhbar di sini malam Sabtu.

Beliau berkata sebaik kejadian itu, suami mangsa yang berumur 33 tahun bertindak masuk ke dalam rumah dan menggantung diri menggunakan tali di kipas siling dalam bilik utama kediaman berkenaan.

Azmi berkata, kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku disebabkan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu telah mengeluarkan wang isterinya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa kebenaran wanita berkenaan untuk berjudi.

"Lelaki itu dipercayai mengeluarkan wang sebanyak RM4,000 itu pada Khamis dan isterinya yang tidak bekerja hanya mengetahui perkara itu hari ini dan berlaku pergaduhan antara mereka selepas lelaki itu kalah dalam perjudian," katanya.

Pasangan itu berkahwin Oktober lepas dan masih belum mempunyai cahaya mata, katanya.

Beliau berkata, semasa kejadian kakak wanita itu yang berusia 36 tahun berada di rumah mangsa untuk melawat adiknya itu dan dia terus keluar dari rumah untuk meminta bantuan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan