RM85,000 Lesap Di Tangan 'Tukang Cuci Emas'

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 9:47 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pasangan British yang mengiklankan untuk menjual enam buah kerusi secara 'online' akhirnya kehilangan barang kemas bernilai RM85,000, wang tunai dan alat elektronik di tangan 'bakal pembeli'.

Pasangan berusia lingkungan 60-an itu mengiklankan jualan kerusi kayu pada Rabu dan mereka telah dihubungi oleh seorang lelaki, dipercayai warga Malaysia yang ingin membeli barang itu pada hari berikutnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid  berkata pasangan itu telah menjemput bakal pembeli itu ke rumah dua tingkat milik bapa saudara mereka di Island Glades untuk perbincangan.


"Apabila dia tiba di rumah itu, dia memberitahu pasangan itu bahawa ibunya memiliki kedai barang kemas dan dia mahir dalam membersihkan barang kemas.

"Pasangan itu kemudian menyerahkan barang kemas mereka kepadanya untuk dicuci. Terdapat beberapa perbincangan dan lelaki itu mengambil masa dua jam untuk membersihkannya.

"Dia kemudian meminta untuk melihat kerusi yang hendak dijual, "kata Mior Faridalathrash, Jumaat.

Apabila pasangan British itu naik ke atas untuk mengambil kerusi itu, dia melarikan diri bersama beberapa iPad, telefon pintar, empat bentuk cincin emas, kalung emas dengan loket jed, sepasang anting-anting emas, enam kerongsang jed, 13 berlian, satu set alat bantuan pendengaran, pasport pasangan itu, lesen memandu dan wang tunai RM500.

"Mereka masih terkejut," kata beliau sambil menambah bahawa laporan telah dibuat di Balai Polis Jelutong.
Tags / Kata Kunci: tukang cuci emas , pembeli online

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan