Jenazah Pelajar Malaysia Dijangka Tiba Rabu Ini

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 4:06 PM

Muhamad Aaron Maseri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Muhamad Aaron Maseri, 22, yang maut dalam kemalangan kereta api di Marble Arch Tube Station, London dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 7.30 pagi, Rabu depan.

Menurut abang mangsa, Muhamad Adrien Maseri, 25, jenazah adik bongsunya itu akan dibawa pulang menggunakan pesawat komersial Malaysia Airlines yang akan berlepas dari London, Selasa pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).

Beliau berkata jenazah adiknya akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Samad di KLIA pada pukul 10 pagi untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 12 tengah hari, katanya ketika dihubungi Bernama di sini Sabtu.

Akhbar British sebelum ini melaporkan Muhamad Aaron, pelajar tahun akhir University of Middlesex itu dirempuh keretapi bawah tanah Central Line pada 6.26 petang waktu tempatan, Isnin lepas (2.29 pagi Selasa waktu Malaysia), iaitu waktu puncak, semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan