Murid Tahun Lima Maut Scrambler Terbabas Dalam Sawah

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang murid lelaki Tahun Lima maut selepas motosikal scrambler ditunggangnya terbabas ke dalam sawah di Kampung Sungai Baru, Utan Aji di sini, Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar DSP Zaini Talib berkata Muhammad Khairul Anuar Zulkefli, 11, murid Sekolah Kebangsaan Utan Aji, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa menunggang motosikal bapanya seorang diri melalui jalan sawah dan terjatuh apabila tidak dapat mengawal jentera tersebut dalam kejadian kira-kira 7.10 petang itu," katanya.

Beliau berkata mangsa dipercayai terpelanting jauh berdasarkan kedudukan mayat dengan motosikal kira-kira 10 meter.

Zaini berkata murid itu yang tidak memakai topi keledar mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah di sini, untuk bedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa Rosiah Muda, 41, berkata ketika kejadian beliau dan suaminya Zulkefli Ismail, 41, berada di rumah sebelum terdengar jiran berteriak memberitahu anaknya pengsan selepas terjatuh daripada motosikal.

"Saya menyangka dia hanya pengsan tetapi sebenarnya dia sudah di hujung nyawa ketika itu. Saya sempat menyebut nama dia sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Rosiah berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu sepatutnya menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sekolah, namun meminta izin untuk tidak menghadiri kelas berkenaan pada hari kejadian itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: scrambler , maut

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan