Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Di India

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 9:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perubatan Malaysia maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Chitradurga, Karnataka, India pada Rabu malam.

Menurut Kementerian Luar Negeri, pelajar berkenaan K. Uthaya Kumar, 23, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kerajaan Chitradurga.

Kejadian antara 11 hingga 12 malam itu berlaku kira-kira 600 kilometer barat dari Chennai, kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

"Pegawai Konsular dan Pegawai JPA dari Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai dalam perjalanan ke hospital berkenaan untuk melawat dan menguruskan jenazah, kata kenyataan itu.

Kementerian Luar Negeri dan Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Uthaya serta menyatakan pihaknya bersedia untuk memberikan bantuan konsular kepada keluarga mendiang.

Tags / Kata Kunci: K. Uthaya Kumar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan