Polis Siasat Dakwaan Wakil Rakyat Lepaskan Tembakan

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan sekumpulan Orang Asli suku Temiar mengenai tindakan seorang wakil rakyat melepaskan tembakan ke udara ketika lawatannya ke Kampung Sungai Papan, Gerik pada 19 Januari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang berkata siasatan kes itu akan dijalankan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Orang Asli berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur berhubung Anggota Dewan Undangan Negeri itu selepas tidak dibenarkan membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong dan Balai Polis Gerik.

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya berlaku sebarang tingkah laku atau pelanggaran tatatertib dalam kalangan anggota polis.

"Sekiranya berlaku sebarang salah laku atau pelanggaran tatatertib maka siasatan akan dilakukan. Siasatan polis melibatkan elemen siasatan tatatertib.

"Pihak polis tidak boleh menghalang untuk sebarang aduan dibuat oleh orang awam," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Menurut Goh, polis menerima laporan berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada 11.45 malam semalam.

"Pihak polis hanya akan mengeluarkan salinan laporan kepada pengadu atau peguam pada waktu pejabat. Salinan laporan perlu ditandatangani oleh pegawai bertugas sebagai salinan sah.

"Pihak polis IPD Gerik telah dimaklumkan dan mengeluarkan nombor laporan iaitu 'Gerik Report' 302/16," katanya.

Jelasnya, mengenai laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Goh berkata sekumpulan Orang Asli itu kemungkinan membuat laporan kerana keengganan sebuah balai polis untuk mengambil laporan tersebut.

"Untuk laporan terhadap ADUN ini, ia mesti dilaporkan di daerah di mana kejadian berlaku, tetapi boleh dibuat di mana-mana balai polis di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

"Biarlah polis semak dan menjalankan siasatan," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Orang Asli , Temiar , Goh Kok Liang , Bukit Aman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan