Remaja Lari Dari Tahanan IPD Pekan Diburu

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis memperhebatkan gerakan memburu seorang remaja lelaki berumur 19 tahun yang melarikan diri ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan kira-kira 7.30 malam Selasa lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani berkata hasil maklumat dan risikan, polis telahpun mengenal pasti kedudukan suspek, namun masih belum melakukan tangkapan.

"Kita tidak nafikan ada unsur kecuaian dua anggota dan pegawai polis dalam kes ini dan tindakan tatatertib akan dilakukan sebaik siasatan kes ini selesai.

"Untuk sementara waktu, kedua-duanya diberikan tugasan pejabat sahaja ," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan penyampaian sumbangan Tabung Amanah Perwira Negara serta orang kelainan upaya (OKU) di sini, Rabu.

Dalam kejadian Selasa lalu, suspek yang berasal dari Yan, Kedah dan dipercayai terlibat dengan kegiatan curi motosikal di Hospital Pekan bertindak melarikan diri dalam keadaan bergari ketika berada dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.

Dalam perkembangan lain, Sharifuddin berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Ahmad Shah di Temerloh bagi mengenal pasti identiti tiga penjenayah yang melakukan kegiatan samun bersenjata api malam Isnin lalu.

Katanya usaha mengesan kesemua suspek sedang giat dilakukan termasuk dengan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9).

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, seorang lelaki berusia 31 tahun parah selepas ditembak tiga das ketika dia dalam perjalanan menuju ke kenderaannya selepas mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank itu.

Tags / Kata Kunci: Pekan , Tahanan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan