Pusat RDC3 Dilancar Minggu Ini - Khalid

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 12:01 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) dijangka dilancarkan dalam minggu ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pusat itu akan diwujudkan secepat mungkin bagi memerangi penyebaran ideologi dan propaganda kumpulan militan menerusi internet.

"Insya-Allah, kita akan tubuhkan RDC3 pada minggu ini, namun perlu lihat sedikit perkara melibatkan infrastruktur dan lepas itu kita lancarkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan (IDC) 2016 di sini Isnin.

Pada 21 Oktober lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Malaysia akan mewujudkan RDC3 setelah Amerika Syarikat memilih negara ini atas komitmennya dalam menangani ancaman keganasan antarabangsa dan kegiatan jenayah rentas sempadan.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin Al-Ghari dalam temu bual eksklusif bersama Bernama, berkata proses mewujudkan RDC3 kini memasuki fasa akhir sebelum beroperasi sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, Khalid menyifatkan penyertaan polis dalam IDC 2016 mampu menjana input baharu dalam usaha mereka menangani ancaman kumpulan militan terutama Daesh yang kian menular sejak akhir-akhir ini.

Selain itu, katanya, perkongsian idea melalui sesi pembentangan oleh anggota delegasi dalam IDC 2016 akan memberi manfaat dalam persiapan negara bagi memulihkan pengganas.

IDC 2016 menyaksikan penyertaan kalangan menteri daripada negara anggota ASEAN dan sembilan Rakan Kongsi Strategik Malaysia iaitu Australia, Perancis, Itali,Jepun, China, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan  Amerika Syarikat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pusat RDC3 , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan