Penyerang Jakarta Buat Panggilan Ke Malaysia - Bukit Aman

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 4:09 PM

Serangan bom dan senjata api di Jakarta pada 14 Januari lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyerang bom di Jakarta pada 14 Januari lalu telah membuat panggilan kepada satu talian di negara ini sebelum kejadian itu, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan siasatan forensik yang dilakukan polis Indonesia.

"Kami (polis Malaysia) sedang menyiasat dapatan baharu ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada 14 Januari lalu, berlaku serangan bom dan senjata api di Jalan MH Thamrin yang menyebabkan tujuh orang termasuk lima penyerang terbunuh sementara 30 orang termasuk lima anggota polis cedera parah. Sehari kemudian seorang yang cedera dilapor meninggal dunia.

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian dilapor sebagai berkata, pihaknya percaya pengasas kumpulan Katibah Nusantara, Muhammad Bahrun Naim yang merupakan ketua kumpulan pengganas Asia Tenggara dan menjadi perancang serangan tersebut.

Namun Mohamad Fuzi berkata berdasarkan siasatan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat Malaysia.

Mengenai kumpulan Daesh, beliau berkata, polis mengenal pasti bahawa terdapat komunikasi antara elemen Daesh rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia di Syria.

"Apa yang kami dapati sekarang ialah terdapat komunikasi yang dibuat rakyat Malaysia di sini kepada rakan mereka yang juga rakyat Malaysia di Syria," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan