PDRM Dilabel Pro-Syiah

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis mengesan terdapat kumpulan dan individu tertentu telah melabelkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sebagai proSyiah kerana bertindak memerangi habis-habisan kumpulan pengganas Daesh di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu bertujuan untuk menimbulkan ketegangan di negara ini.

"Apabila kita (polis) dilabel sebagai (pro)Syiah, darah kita halal dan kita boleh dibunuh. Itu tindakan bahaya dan taktik inilah yang digunakan oleh kumpulan pengganas Daesh...ia seolah-oleh memberi asas kepada penyokong kumpulan pengganas Daesh di negara ini untuk melakukan pembunuhan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri 'Seminar Pencerahan Isu-Isu Semasa Negara' yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini, Selasa.

Selain Ayub, turut menyampaikan ceramah dalam program berkenaan ialah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin.

Ayub berkata, tindakan pihak tertentu itu juga berkemungkinan untuk menimbulkan kebencian terhadap polis, KDN atau provokasi untuk menganggu usaha pihak berkuasa menentang kegiatan pengganas itu sehingga ke akar umbi di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Anuar Othman menafikan kejadian kes tembak melibatkan tiga penjenayah yang mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah bank di daerah itu malam semalam mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

"Tiada kaitan langsung dengan Daesh, sebaliknya ia hanya kegiatan samun bersenjata api yang dilakukan oleh sekumpulan penjenayah," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak panik dengan kejadian itu dan menurutnya polis sedang giat memburu suspek.

Tags / Kata Kunci: Pengganas , Pro Syiah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan