Empat Maut, Kanak-Kanak Parah Kereta Bertembung Treler

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANGOR: Empat sekeluarga maut di tempat kejadian manakala seorang cedera parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori treler di Km12 Jalan Bintangor–Sibu pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bintangor, DSP Mohamad Hafipi Mohd Salim berkata, kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang berdekatan dengan Simpang Sing Ba. 

Empat mangsa yang maut ialah pemandu Wong Ching Chiang, 22; penumpang hadapan Wong Ching Soon, 15; dua penumpang belakang iaitu Henry Ling Jun Hong, 15, dan wanita warga emas, Su Kee Chuo, 65. 

Seorang kanak-kanak perempuan Kerry Ling Chen Yu, 11, cedera parah, katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pemandu lori treler dan kelindannya yang masing-masing berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan.

Mohamad Hafipi berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa dari arah Bintangor ke Sibu tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki lorong bersebelahan lalu bertembung dengan lori treler yang datang dari arah bertentangan.

Sepasukan tujuh anggota Bomba dan Penyelamat Bintangor dengan sebuah jentera yang diketuai oleh Pegawai Bomba Chua Thien Tiong dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Operasi mengeluarkan kesemua mangsa tamat pada kira-kira 7 malam. Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sarikei. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan