Tujuh Individu Disyaki Pengganas Daesh Ditahan Di Lima Negeri - KPN

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 6:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh lelaki warga tempatandalam operasi di lima negeri kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka dipercayai anggota sel yang sama yang merancang untuk melancarkan serangan keganasan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Mereka ditahan di Kedah, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman mulai Jumaat lepas hingga hari ini (Ahad).

Khalid berkata ia susulan daripada tangkapan ke atas seorang individu di stesen LRT Setiawangsa di sini pada 15 Jan lepas.

"Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 26 hingga 50 tahun,"katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Khalid berkata operasi yang dilakukan itu menjurus kepada rampasanbarang-barang seperti 30 butir peluru pelbagai jenis, buku-buku jihad, bendera dan video propaganda Daesh.

Menurutnya, seorang daripada tujuh lelaki itu menerima arahan daripadaMuhammad Wanndy Mohamed Jedi@Abu Hamzah, warga tempatan yang menyertai Daesh di Syria.

Seorang lagi, kata Khalid, mendapat arahan daripada pemimpin kanan Khatibah Nusantara iaitu Bahrom Naim, warga Indonesia di Syria yang turut bertanggungjawab mengarahkan anggota sel Daesh di Indonesia untuk melancarkan serangan di Jakarta pada 14 Januari lepas.

Dalam operasi di Johor, dua individu ditahan termasuk penolong pengurus bahagian 'housekeeping' (perkemasan)  sebuah hotel di Nusajaya yang berasal dari Sabah.

Lelaki berusia 31 tahun itu turut disyaki berperanan sebagai 'amir' kepada sel berkenaan, kata Khalid.

Seorang lagi lelaki yang ditahan di Johor ialah penyelia stor kilang berusia 33 tahun.

Dua tangkapan di Kedah melibatkan seorang penjual cendol berusia 50 tahun yang disyaki bertanggungjawab mengumpul dan menyalurkan dana kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berhasrat menyertai Daesh di Syria.

"Dana yang dikumpulkan itu juga akan digunakan untuk membiayai operasi serangan ganas di Malaysia," kata Khalid.

Turut ditahan di Kedah ialah lelaki berusia 26 tahun berasal dari Terengganu, pembantu kepada penjual cendol terbabit, yang merancang untuk menyertai Daesh di Syria.

Khalid berkata tiga lagi lelaki yang ditahan di Selangor (Gombak), Kuala Lumpur dan Pahang berusia antara 30 hingga 33 tahun, dan masing-masing bekerja sebagai pembantu makmal, jurupasang unit Sistem Pengesan Global (GPS) dan pengawal keselamatan.

"Ketiga-tiga mereka turut terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan di Malaysia," katanya.

Khalid berkata kesemua mereka ditahan di bawah Bab VI A - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , Tan Sri Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan