'Wanita' Buat Persembahan Dedah Payudara Serah Diri

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 10:41 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berpakaian wanita yang menjolok mata dalam persembahan 'buskers' di sebuah pusat beli-belah di sini Sabtu lepas menyerah diri di Balai Polis Karamunsing di sini, Sabtu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditemani bapanya menyerah diri kira-kira pukul 4.30 petang. 

"Suspek kemudiannya ditahan dan dirakam percakapannya mengenai kejadian tersebut sebelum dilepaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini pihak polis mengesan suspek yang dipercayai memakai pakaian menjolok mata dalam sebuah persembahan buskers dengan melakukan aksi melampau dengan payu daranya terdedah.

Persembahan selama empat minit itu dirakam sebahagian penonton.

Mengulas lanjut, Chandra berkata, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan buskers tersebut.

"Suspek menyanyi tanpa sebarang jemputan dari mana-mana pihak dan tidak menerima apa-apa bayaran untuk persembahan itu. Punca suspek menyanyi hanya untuk bersuka ria dan tiada motif lain," katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, pihak pengurusan Suria Sabah kesal atas kejadian itu yang secara tidak langsung mempamerkan imej negatif terhadap kompleks beli-belah itu, kumpulan persembahan itu serta Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Pusat beli-belah itu kemudiannya meminta tindakan sewajarnya diambil bagi mengelakkan kejadian kurang sopan seperti itu yang mengganggu ketenteraman awam

dan suasana di Suria Sabah. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan