Motosikal Penyamun Terbabas Rempuh Dinding

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua lelaki yang baru sahaja meragut seorang pelancong warga Jerman berjaya ditahan selepas motosikal yang mereka naiki terbabas ketika melarikan diri sebelum melanggar dinding di tepi jalan di Lebuh Muntri, di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, wanita berusia 19 tahun berkenaan sedang berjalan di tepi jalan di kawasan itu bersama rakannya sebelum mereka dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

"Motosikal itu datang dari arah belakang dan pemboncengnya telah bertindak menarik beg galas mangsa yang disandang di bahu kanannya, bagaimanapun wanita berkenaan memegangnya dengan kuat dan hanya tali beg sahaja terputus manakala beg terbabit tercampak.

"Dua lelaki yang menaiki motosikal itu tidak mengambil beg berkenaan dan terus memecut laju sebelum selang beberapa minit kemudian kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, mangsa terdengar bunyi dentuman," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mior Faridalathrash berkata sebaik terjatuh, seorang daripada lelaki itu cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana kedua-duanya berjaya ditahan orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis yang sedang membuat rondaan di situ.

Siasatan awal mendapati dua lelaki berusia 23 dan 28 tahun itu tidak bekerja dan memang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes ragut lain sebelum ini, katanya.

Beliau berkata kedua-dua mereka juga didapati positif dadah dan kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Tags / Kata Kunci: Ragut , Jerman

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan