Dua Anggota Geng Mamak Direman Lima Hari

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 5:32 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Polis mendapat perintah tahanan reman selama lima hari ke atas dua lelaki yang dipercayai anggota Geng Mamak di Mahkamah Majistret di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harith Kam Abdullah berkata, perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noorhidayah Mohd Saad untuk polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian petang Jumaat, seorang anggota Geng Mamak berumur 38 tahun mati ditembak, manakala dua lagi yang masing-masing berumur 31 tahun dan 35 tahun ditahan selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh beberapa kereta polis di Plaza Tol Changkat Jering.

Suspek yang memandu kereta Volkswagen Passat enggan memberhentikan kenderaannya setelah diarah polis sebaliknya bertindak merempuh kereta polis, dan polis terpaksa melepaskan tembakan sehingga mengenai bahagian rusuk kirinya. 

Kesemua mereka berasal dari Perak itu mempunyai rekod jenayah lampau. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Geng Mamak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan