Perhilitan Terengganu Tumpas Sindiket Jual Harimau Belang

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 5:23 PM

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Mohd Hasdi Husin seekor karkas harimau belang jantan yang telah dilapah kepada empat bahagian pada sidang media, Khamis. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket yang cuba menjual harimau belang dalam satu serbuan yang dilakukan di taman perumahan Pasir Semut dekat Kemaman, petang Rabu.

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata tangkapan itu adalah yang terbesar dalam tempoh 20 tahun membabitkan penjualan harimau belang di Terengganu.

"Bertindak hasil risikan yang dilakukan, satu serbuan dibuat oleh tujuh anggota penguatkuasa Perhilitan yang berjaya menemui seekor karkas harimau belang jantan yang telah dilapah kepada empat bahagian.

"Hasil pemerhatian, terdapat kesan terkena jerat di kaki hadapan bahagian kiri dan satu tembakan di tengah kepala dengan peluru tunggal.

"Perhilitan telah menahan tiga orang lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun ke Balai Polis Chukai untuk direman bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini Khamis.

Mohd Hasdi berkata modus operandi tiga penjenayah tersebut ialah membina ran di atas pokok yang dipercayai menjadi laluan harimau belang tersebut, malah mereka sanggup bermalam di atas ran tersebut bagi memastikan dapat menangkap harimau itu secepat mungkin.

"Mereka turut memasang jerat dan menyediakan umpan untuk menarik perhatian harimau agar segera datang ke kawasan jerat dan apabila sudah berjaya dijerat, mereka akan terus menembak haiwan tersebut dan segera melapahnya untuk mendapatkan organ dalaman yang segar.

"Ini kerana organ dalaman yang segar mendapat permintaan yang tinggi di kalangan peminat makanan eksotik dan ubat tradisional seperti kepercayaan bangsa tertentu," katanya.

Harga harimau belang itu boleh mencecah hingga RM500,000 bergantung kepada harga yang dipersetujui dalam proses tawar menawar oleh pihak yang berminat.

Beliau berkata harimau jantan itu yang dianggarkan berusia antara 15 hingga 20 tahun dengan berat lingkungan 100 hingga 150 kilogram itu dipercayai berasal dari hutan tebal di sekitar Kemaman.

Tiga negeri yang mempunyai sempadan dengan Taman Negara iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan masih memiliki harimau ini dan dianggarkan masih terdapat 400 hingga 500 ekor harimau di Semenanjung Malaysia manakala di Terengganu, kita anggar terdapat 50 hingga 100 ekor harimau spesies ini," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 68 (2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) iaitu mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa suatu permit khas.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM100,000 dan tidak lebih RM500,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan