Polis Seremban Tahan Juruteknik Peras Ugut Tiga Wanita

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis menahan seorang juruteknik yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memeras ugut tiga wanita di daerah ini, sejak Disember tahun lepas.

Ketua Polis Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan dibuat di sebuah hotel di bandar ini Jumaat lepas kira-kira pukul 5 pagi.

"Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes rogol dan perbuatan memeras, memburu mangsa berumur antara 20-an hingga 30-an, melalui aplikasi media sosial BeeTalk.

"Selepas berkenalan dan semakin intim, mangsa dipujuk memberikan gambar peribadi. Kemudian, suspek memperalatkan gambar diperoleh untuk memaksa mereka menyerahkan wang dan pelbagai barang berharga," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini, Khamis.

Muhamad Zaki berkata pihak polis berjaya menahan juruteknik terbabit berikutan penahanan seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah kepada suspek pertama dan mangsa.

Suspek kedua itu ditahan Selasa lepas kira-kira pukul 7 petang di Kuala Lumpur.

"Berdasarkan siasatan pihak polis, suspek kedua dipercayai bertindak sebagai orang tengah yang bertanggungjawab mengutip hasil ugutan daripada mangsa.

"Kedua-dua suspek ini menetap di Kuala Lumpur dan hanya ke Seremban untuk bertemu mangsa," katanya.

Beliau berkata pihak polis turut merampas merampas telefon bimbit, barang kemas, resit transaksi ATM dan sebuah kereta Perodua Axia yang dipercayai milik salah seorang mangsa yang diugut suspek.

Muhamad Zaki berkata kedua-dua suspek yang berusia awal 20-an itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengingatkan semua masyarakat khususnya di daerah ini untuk melaporkan kes-kes sebegini bagi mengelakkan daripada ia terus berleluasa. 

"Nasihat kami, orang ramai terutama golongan wanita perlu berhati-hati dan melaporkan pada polis jika berdepan situasi sebegini. Kalau dibiarkan, dikhuatiri individu lain akan jadi mangsa," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada mangsa lain yang diperdayakan oleh suspek pertama, tetapi malu untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, dalam majlis pagi tadi, seramai empat orang awam, dua orang pegawai kanan, dua orang pegawai awam dan 37 anggota pangkat rendah menerima surat penghargaan atas bakti dan jasa yang dicurahkan.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan