Lanun Menyamar Polis Marin Dikesan Peras Ugut Nelayan

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 9:00 AM

Mohd Salehuddin bersama pegawainya memeriksa bot nelayan tempatan di perairan selatan negara.

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Kumpulan lanun dipercayai menyamar sebagai pegawai polis marin negara jiran dan memeras ugut nelayan tempatan antara RM10,000 hingga RM100,000, termasuk barangan berharga di sekitar perairan daerah ini.

Timbalan Komander Polis Marin Wilayah Selatan, Superintendan Mohd Salehuddin Mat Zaman berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, lanun terlibat kebiasaannya menyasarkan bot nelayan pukat tunda untuk kegiatan jenayah itu.

"Kami turut memaklumkan agensi marin di Indonesia berhubung perkara ini, selain membuat aduan di Bukit Aman dan Wisma Putra untuk mengeluarkan nota diplomatik kepada negara jiran.

"Laporan kepada pihak berkuasa Indonesia diharap dapat membantu menahan pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada pemberita pada sesi dialog program kepolisian komuniti antara pihaknya dengan nelayan di Lembaga Pembangunan Ikan Malaysia di Pontian Besar, Rabu.

Beliau berkata, kumpulan lanun itu dilihat memakai uniform polis marin Indonesia ketika kejadian antara tengah malam hingga 4 pagi itu.

"Nelayan tempatan terdedah kepada kegiatan seperti ini melibatkan lanun asing kerana kedudukan kita yang hanya 20 batu nautika dari perairan Indonesia," katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis marin akan meningkatkan kawalan keselamatan terutama kekerapan rondaan bagi melindungi 1,225 nelayan tempatan.

"Sepanjang tempoh rondaan, kira-kira 10 pegawai bersama dua bot dari bahagian Taktikal Polis Marin Wilayah Selatan akan memantau dan mengawal sekitar 30 batu nautika antara Tanjung Piai dan Pulau Pisang.

"Antara November dan Disember lalu, empat aduan diterima melibatkan kegiatan memeras ugut nelayan tempatan," katanya.


Tags / Kata Kunci: lanun , polis marin , Indonesia , pukat tunda

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan