Jabatan Hidupan Liar Sabah Siasat Kematian Beruang Dan Penyu

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 9:23 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu siasatan sedang dijalankan untuk memburu mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian seekor beruang Borneo dan enam ekor penyu dalam kejadian berasingan di pantai timur Sabah lebih seminggu yang lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah William Baya berkata, mereka telah memulakan siasatan dengan segera selepas penemuan bangkai haiwan-haiwan yang dilindungi itu.

"Kami belum mengenal pasti mana-mana suspek buat masa ini," katanya kepada The Star, Rabu.

Pada 18 Januari lalu, dua pelancong Sweden berdepan penemuan ngeri bangkai beruang yang dipotong separuh di Sungai Kinabatangan.

Pelancong itu - Tommy Eriksson dan isterinya Teuta Hajra - mengambil gambar haiwan itu yang disembelih dengan kedua-dua kaki belakangnya hilang, terapung di sungai berhampiran Kampung Sukau, bersebelahan dengan ladang.

Terdahulu pada 16 Januari pelawat yang datang ke Semporna menjumpai bangkai enam ekor penyu reput di beberapa perairan di pulau Semporna.

Pemuliharaan hidupan liar percaya bahawa penyu-penyu tersebut terbunuh apabila nelayan mendapati hidupan laut itu terperangkap dalam jaring mereka.

Terdapat juga kemungkinan bahawa penyu-penyu itu disembelih oleh petani rumpai laut selepas menangkap haiwan itu yang memakan hasilnya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan