Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditikam - Berita Jenayah | mStar

Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditikam

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tingkatan empat maut akibat ditikam di Taman Puteri Jaya di sini, petang Selasa.

K.Kishen, 16 dikatakan sedang berjalan di satu lorong pada kira-kira pukul 9 malam apabila empat lelaki yang menaiki dua motosikal menghampirinya.

Seorang daripada lelaki berkenaan mengeluarkan senjata tajam dan menikam Kishen di dada.

Pelajar itu bagaimanapun melarikan diri dan kira-kira 30 meter dari tempat kejadian sebelum rebah di depan sebuah kedai runcit.

Orang ramai yang lalu di situ kemudian membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim di mana Kishen disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan suspek telah ditahan.

Kes berkenaan disiasat kerana kesalahan membunuh.


Tags / Kata Kunci: Sungai Petani , K.Kishen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan