Isteri Potong Kemaluan Suami Guna Pisau Cukur

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Seorang isteri nekad memotong kemaluan suaminya menggunakan pisau cukur di rumahnya di Batu Kikir dekat sini, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun merupakan seorang warga negara Pakistan mengalami pendarahan selepas kemaluannya dipotong dengan mata pisau cukur.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kikir sebelum dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

Ekoran kejadian itu, pihak polis menahan isteri mangsa iaitu seorang warga tempatan berusia 51 tahun bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek mencederakan kemaluan suaminya dengan menggunakan mata pisau cukur kerana tidak tahan apabila kerap dipaksa melakukan hubungan seks secara kasar.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan