Dua Beranak Didakwa Jalankan Perniagaan Pengurup Wang Tanpa Lesen

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2016 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua beranak warga Indonesia pada Rabu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menjalankan perniagaan pengurupan wang tanpa lesen tiga tahun lalu.

Vera Theresa, 31, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan enjalankan perniagaan perkhidmatan wang iaitu pengurupan wang tanpa lesen di bawah Seksyen 7 Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Akta 731).

Wanita itu yang berkahwin dengan lelaki tempatan didakwa melakukan perbuatan tersebut di PT Spring Island Agency Sdn Bhd, 308 Jalan Macalister di sini pada pukul 11.30 pagi, 10 Mei 2013.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (4) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Anthony Kularaj Kulasingam menawarkan jaminan RM50,000 terhadap tertuduh berserta seorang penjamin warga tempatan.

Bagaimanapun Peguam Moke Yee Yow yang mewakili Vera memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadap anak guamnya kepada RM30,000.

"Anak guam saya merupakan seorang suri rumah warga Indonesia dan telah berkahwin dengan orang tempatan. Suaminya adalah seorang pensyarah dan anak guam saya juga mempunyai dua orang anak berusia 4 tahun dan 4 bulan," katanya.

Hakim Zaharah Hussain membenarkan Vera diikat jamin sebanyak RM30,000 berserta dengan seorang penjamin warganegara Malaysia.

Hakim itu turut menetapkan syarat penjamin terhadap tertuduh adalah bukan suaminya serta turut memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 18 Feb depan untuk sebutan kes itu.

Sementara itu di mahkamah sesyen berlainan ibu Vera iaitu Ng Siang Tjhoen, 58, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Ng turut didakwa terhadap pertuduhan yang sama pada masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan yang turut dikendalikan oleh Anthony itu menawarkan jaminan sama sebanyak RM50,000. Selain itu peguam Moke yang turut mewakili Ng memohon jaminan terhadap wanita itu sebanyak RM30,000 serta memohon tarikh sebutan sama seperti Vera pada 18 Februari depan.

Hakim Ibrahim Osman membenarkan Ng diikat jamin RM30,000 berserta seorang  penjamin warganegara Malaysia dan memerintahkan passport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan kes.

Tags / Kata Kunci: Pengurup Wang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan