Suami Lari Elak Dicekup, Isteri Dan Bayi Dibiar Dalam Sungai

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 8:40 PM

(Ubah saiz teks)

YAN: Seorang lelaki warga Myanmar sanggup meninggalkan isteri dan bayi perempuannya dalam sungai bagi mengelak ditahan anggota Imigresen yang melakukan operasi di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Dawai, di sini Selasa.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, wanita dan bayinya yang berusia setahun itu gagal menyeberangi sungai yang terletak bersebelahan tapak pembinaan berkenaan disebabkan paras air yang agak dalam.

"Saya takut bila nampak Imigresen dan semua orang lari terjun sungai. Saya dukung anak dan ikut terjun dengan suami. Tapi saya tak berani nak berenang kerana bimbang keselamatan anak," kata wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Suda.

Wanita berkenaan yang masuk ke negara ini tanpa dokumen sah mendakwa telah tinggal bersama suami di negara ini sejak setahun lepas dan turut bekerja di tapak pembinaan itu.

Dia berada dalam sungai berkenaan sambil mendukung anaknya kira-kira 30 minit sebelum diselamatkan bot nelayan yang melalui kawasan itu dan kemudian diserahkan kepada anggota Imigresen.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata pihaknya menahan 13 lelaki dan seorang wanita Indonesia, 18 lelaki dan empat wanita Myanmar serta  15 lelaki dan seorang wanita Bangladesh berumur antara 26 dan 67 tahun.

Beliau berkata turut ditahan empat kanak-kanak lelaki dan tiga budak perempuan Myanmar berusia antara 1 dan 11 tahun.
Mohamad Yusri berkata seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai penyelia tapak projek itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya pemeriksaan mendapati 49 warga asing melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan seorang warga asing melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana pas tamat tempoh.

"Sembilan warga asing lagi ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas," katanya ketika ditemui Selasa.

Beliau berkata syarikat pembinaan itu gagal mematuhi arahan menggunakan pekerja warga asing yang memiliki dokumen yang sah dan masih menggunakan warga asing tanpa permit sah.

Tags / Kata Kunci: Pati , imigresen , pendatang asing

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan