Mayat Lelaki Reput Ditemui Di Semenyih

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 6:09 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang lelaki terkejut apabila dia secara tidak sengaja menemui mayat reput ketika keluar membuang sampah dari rumahnya di Sungai Tekala, Semenyih di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata lelaki berusia 37 tahun itu membuang sampah di kawasan semak berhampiran rumahnya dan menjumpai mayat itu kira-kira pukul 8.30 malam Isnin.

"Dia yang bekerja sendiri itu menghubungi polis selepas mendapati terdapat tubuh terbaring di atas tanah dalam semak.


"Mangsa, seorang lelaki yang tidak berbaju, berkaki ayam dan hanya memakai jeans pendek dipercayai telah mati selama dua hari," katanya.

Willey berkata kerakyatan dan etnik mangsa masih tidak diketahui.

"Terdapat kesan tetakan di kepala dan lengan kiri. Kami percaya dia telah dibunuh dengan objek tajam. Dia mungkin telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di Sungai Tekala, " katanya.


Menurut Willey, tiada kesan pergelutan ditemui di tempat kejadian. Tiada juga senjata ditemui di sekitar kawasan.

Rumah yang paling hampir terletak kira-kira 35 meter dari tempat mayat mangsa ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Willey menggesa individu yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Tags / Kata Kunci: mayat reput , Willey Richard

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan