Polis Bukit Aman Dedah Cubaan Bawa Masuk Fahaman Militan Ke Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis telah mengesan cubaan membawa fahaman militan ke Sarawak oleh pihak yang terpengaruh dengan kegiatan ekstremis Daesh.

Supt Ahmad Norisham Ma'arus daripada Bahagian Siasatan dan Perundangan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, enggan mendedahkan sama ada kegiatan tersebut bertindak secara individu atau berkumpulan, namun mengesahkan keadaan masih terkawal serta tidak perlu dibimbangkan.

"Pemantauan serta siasatan (terhadap pihak bawa masuk fahaman militan) masih diteruskan oleh polis Sarawak," katanya kepada pemberita selepas taklimat berhubung bahaya ancaman kumpulan ekstremis dan militan, di sini Selasa.

Beliau berkata, setakat ini identiti kewarganegaraan pihak yang cuba membawa masuk fahaman militan tersebut ke Sarawak tidak boleh didedahkan kepada umum.

"Kalau kami dedah semua, pihak yang terlibat akan sedar mereka dipantau, ini bukan melibatkan satu pihak sahaja tapi satu rangkaian yang besar," katanya.

Beliau berkata, pindaan dan kewujudan undang-undang baharu seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) banyak membantu polis menghalang fahaman militan menyusup masuk ke Sarawak.

Terdahulu semasa sesi soal jawab bersama-sama peserta, Ahmad Norisham berkata Kuching telah dikenal pasti sebagai lokasi sasaran pihak tersebut untuk menyebarkan fahaman militan itu.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai pengajian agama secara dalam talian yang menjurus kepada fahaman militan supaya membuat laporan kepada polis dengan segera.

Katanya media sosial adalah kaedah popular digunakan oleh kumpulan militan tersebut untuk mencari anggota baharu.

Taklimat anjuran Jabatan Penerangan Miri itu dirasmikan oleh Anggota Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: fahaman militan , Sarawak , PDRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan