Bungkusan Didakwa Bom Sebenarnya Kotak Polisterin

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 9:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bungkusan plastik hitam yang diletakkan di atas pokok di sebuah kondominium di Jalan Kuching di sini yang disangkakan bom, sebenarnya adalah kotak polisterin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohd Sukri Kaman berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan bungkusan plastik hitam itu kira-kira 5 petang dan sepasukan polis bersama Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan di kawasan itu dan mengesahkan ia hanyalah kotak polisterin.

"Ia bukan bom seperti didakwa tetapi kotak polisterin kosong," katanya ketika dihubungi.

Ditanya adakah ia merupakan perbuatan khianat daripada individu tertentu, beliau berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zakaria Yusof berkata seramai empat anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.

"Kami tiba untuk membantu pihak polis memandangkan bungkusan berkenaan diletakkan berhampiran stor penyimpanan tong gas petroleum cecair (LPG).

"Setelah pemeriksaan dilakukan ia hanyalah kotak polisterin yang dibalut dengan plastik hitam," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tags / Kata Kunci: Polis , Bom , Polisterin

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan