Pasangan Warga Emas Dan Anak Ditahan Miliki Dadah

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2016 1:30 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Pasangan warga emas dan seorang anak lelaki mereka ditahan kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM102,480 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata pasangan warga emas yang berusia 68 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Felda Jerangau kira-kira pukul 9 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan di rumah milik pasangan peneroka itu, pihak polis menemui 3,600 biji pil dipercayai jenis Methapitamine seberat 360 gram bernilai RM78,480 yang disorokkan di dalam sebuah bilik tidur kediaman berkenaan.

"Selain itu kita juga merampas 60 botol plastik bertudung kuning dipercayai dadah jenis heroin dianggarkan seberat 320 gram bernilai kira-kira RM24,000.

"Hasil siasatan kita dapati dadah tersebut dipercayai milik anak suspek yang juga merupakan suspek utama bagaimanapun ketika serbuan anaknya tiada di rumah," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Menurut Ahmad Zailani kes tersebut merupakan rampasan terbesar di Terengganu setakat ini dan ekoran penahanan warga emas berkenaan pihak polis berjaya memberkas suspek utama iaitu anak pasangan terbabit yang berusia 27 tahun bersama seorang lagi rakannya kira-kira pukul 7.30 malam di Pekan Ajil, Hulu Terengganu pada hari yang sama.

Jelasnya hasil siasat suspek utama yang tidak mempuyai pekerjaan itu telah terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak dua tahun yang lepas.

Beliau tidak menolak kemungkinan bekalan itu diperolehi dari negara jiran untuk edaran di sekitar Jerangau dan Felda tersebut.

"Kita masih menjalankan siasatan sama ada pasangan ini turut terlibat dan mengetahui kegiatan ini atau sebaliknya manakala rakan suspek yang berusia 24 tahun dibebaskan selepas siasatan," katanya.

Ahmad Zailani berkata hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek utama ini mendapati positif dadah jenis Morfin dan suspek juga turut mempuyai rekod jenayah lampau berhubung kesalahan jenayah pada tahun 2007.

Ketiga-tiga beranak ini ditahan reman sehingga 21 Januari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Tags / Kata Kunci: kes dadah , warga emas , Ahmad Zailani Yaacob

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan