Reman Dua Beradik Berhubung Kes Tanam Bayi Disambung

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 7:14 PM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Reman dua beradik berhubung kes penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah disambung sehingga Selasa ini. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaluddin berkata, kertas siasatan kemudiannya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Dua beradik lelaki masing-masing berusia 21 dan 24 tahun itu ditahan Selasa lepas dan susulan penahanan itu polis menemui mayat bayi yang dibungkus dalam kain dan ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah. 

Bayi itu dipercayai telah meninggal dunia selepas dilahirkan di Nilai pada 10 Januari lepas.

Berdasarkan siasatan awal teman lelaki ibu bayi berkenaan yang berusia 24 tahun bersama-sama adiknya telah menanam mayat bayi berkenaan. 

Ibu bayi berusia 25 tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum tindakan lanjut diambil. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan