Kapten Kapal Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2016 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang kapten kapal tunda maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya hilang kawalan di Kilometer 101.5 Jalan Kuantan - Kuala Terengganu berhampiran Masjid Hadari, di sini pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa Asulmi Mohamad @ Awang, 31, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Nahas itu dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu rakannya Ab Azim Ab Wahab, 28, hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di kiri jalan.

Susulan dari rempuhan tersebut mangsa yang bekerja di Pelabuhan Kerteh tersepit di tempat duduk penumpang hadapan hingga terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba yang dianggotai seramai lapan orang.

Mangsa berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian, bagaimanapun disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketika kejadian mangsa yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dikatakan baru pulang belayar dari Batam, Indonesia serta dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu dari pelabuhan Kerteh.

Rakan mangsa Abdul Karim Aziz, 55, berkata beliau tidak menyangka kemalangan tersebut telah meragut nyawa rakan sekerjanya itu kerana kali terakhir mereka berjumpa pada Rabu lepas.

"Arwah baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi kapten kapal pada tahun lepas dan bila majikannya mengarahkan dia untuk pergi bertugas di sana, saya lihat dia sangat gembira dan beria-ia sangat hendak pergi.

"Minggu lepas sebelum pergi bertugas, dia ada mengadu badannya sakit-sakit dan tidak sangka itu merupakan perbualan kami yang terakhir sebelum dia naik ke sana dan pergi meninggalkan kami buat selamanya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan rakannya turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Tags / Kata Kunci: Dungun , Polis , Kemalangan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan