Polis Selangor Tingkat Kawalan Di Kawasan Tumpuan Ramai

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 11:25 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis. 

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata antara lokasi terbabit adalah pusat beli-belah, pusat hiburan, lokasi pelancongan dan pintu keluar masuk negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang serta pelabuhan-pelabuhan di negeri ini.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak panik atau cemas kerana situasi keselamatan di negeri Selangor adalah terjamin.

"Polis juga ingin mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan berita-berita palsu atau tidak sah mengenai situasi keselamatan sama adamenerusi media sosial atau lain-lain saluran bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

"Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan kegiatan pengganas di kawasan masing-masing,"katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Khamis lepas, tujuh orang - lima pengganas dan dua orang awam - disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak serta serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin, di tengah-tengah ibu kota Jakarta.

Susulan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi mengelak insiden seumpama itu berlaku di Malaysia.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Polis Selangor , ketat kawalan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan