Rentung Dalam Kebakaran Kereta

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 7:41 AM

(Ubah saiz teks)

BAU: Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar di jalan menuju Kuari Tamar di Kampung Kopit, Jalan Bau-Batu Kitang dekat sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad ketika dihubungi berkata sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau yang tiba di tempat kejadian pada 12.33 tengah hari menemui  sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton berwarna putih terbakar 100 peratus.

Katanya, pasukan itu turut menemui seorang mangsa telah rentung di tempat letak kaki tempat duduk bahagian belakang berkenaan dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun, katanya identiti mangsa belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak polis.

Nor Hisham berkata hasil laporan awal pegawai penyiasat mendapati kenderaan berkenaan sengaja dibakar dan terdapat beberapa tompokan darah dijumpai di atas jalan raya berhampiran dengan kereta yang terbakar.

"Kes masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan