Empat Remaja Perempuan Lari Dari Asrama

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 12:00 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Empat remaja perempuan melarikan diri dari asrama sebuah sekolah agama di Kampung Pulai, Merlimau dekat sini.

Kesemua mereka berusia antara 13 hingga 16 tahun meninggalkan sekeping nota di tepi katil dengan menyatakan mahu melarikan diri kerana ingin mencari ketenangan.

Ibu bapa kepada salah seorang pelajar yang hilang dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata beliau hairan mengapa anak perempuannya berusia 14 tahun itu membuat keputusan sedemikian secara tiba-tiba.

"Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kenal, dia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda tertekan dan secara tiba-tiba melarikan diri.

"Saya percaya dia dipengaruhi seseorang untuk bertindak sedemikian dan bukan atas kehendak dirinya sendiri," kata ibu remaja perempuan itu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata ibu bapa remaja terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu pada Jumaat.

"Kami sedang berusaha menjejaki remaja terbabit," katanya ketika dihubungi.


Tags / Kata Kunci: lari , asrama , remaja perempuan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan