Bayi Lapan Bulan Maut Nahas Kereta Dirempuh Lori Pasir

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2016 5:34 PM

Kemalangan melibatkan lori pasir di Jalan Mersing-Batu Pahat yang mengakibatkan bayi lelaki maut akibat kecederaan parah di kepala.

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Bayi berusia lapan bulan maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di KM 55.8 di Jalan Mersing-Batu Pahat di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, kemalangan itu berlaku apabila lori pasir dari arah pekan Kluang itu menuju ke Mersing melanggar kereta Toyota Vious pada kira-kira pukul 11.50 pagi, Sabtu.

Tambah beliau, pemandu lori itu gagal mengawal kenderaannya disebabkan masalah brek dan memandung di laluan kiri jalan itu.

Kemudian, lori itu telah melanggar Honda City di mana bayi berkenaan ada di dalamnya bersama tiga lagi anggota keluarganya sebelum merempuh tiga lagi kereta yang diletakkan di depan sebuah kedai perkakasan.

Mohamad berkata, impak daripada kenderaan berat itu, mangsa, Nur Muhriz Anas Anuar terhimpit pada kerusinya dan mengalami kecederaan serius di kepala.

"Bayi lelaki itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kluang," katanya sambil menambah bapa bayi itu, Anuar Geman Wagiman, 36 mengalami cedera ringan di kaki.

Katanya, pemandu lori berusia 33 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu disebabkan kecuaian suspek yang gagal mengawal kenderaannya," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Tags / Kata Kunci: bayi , Mohamad Laham , Kluang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan