Tiga Rumah Disamun Dalam Tempoh Dua Jam

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 5:21 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga buah rumah teres dua tingkat di Subang Jaya termasuk sebuah yang dijadikan rumah kebajikan dipecah masuk kumpulan samun dalam tempoh hampir dua jam pagi Khamis.

Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada lima individu berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun menjalankan kegiatan itu antara pukul 4 pagi hingga 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata modus operandi kumpulan itu adalah masuk melalui pintu hadapan rumah yang diumpil dan mangganya dipotong serta pintu anjung turut dipotong.

"Seramai empat suspek menjalankan kegiatan samun dalam rumah manakala seorang suspek menunggu di dalam kereta," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dalam kejadian pertama, seorang guru wanita berusia 37 tahun yang tinggal bersama seorang rakannya diikat dan suspek melarikan dua buah komputer riba, tiga telefon bimbit, tiga kepingan emas bernilai RM20,000, seutas rantai emas, tiga gelang bernilai RM10,000 dan wang tunai berjumlah RM2,000.

Kumpulan itu kemudiannya memecah masuk pula sebuah rumah kebajikan dan melarikan dua utas rantai emas, wang tunai berjumlah RM3,800, dan 11 buku bank.

"Seorang penjaga wanita bersama 10 kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 bulan sehingga tujuh tahun turut diikat," kata Yahaya.

Beliau berkata kumpulan tersebut seterusnya menyamun enam mangsa yang menyewa sebuah rumah dan melarikan wang tunai berjumlah RM200, dokumen peribadi dan sebuah telefon bimbit.

Katanya salah mangsa dalam rumah itu cedera di bahagian bibir akibat terkena pintu dan di bahagian belakang dipercayai dipukul suspek menggunakan belakang parang.

Yahaya berkata antara barang yang disyaki digunakan suspek dalam kesemua kes berkenaan ialah dua bilah parang, topeng muka, tali kabel, sarung tangan, penyembur serbuk lada dan sebuah kereta jenis Honda CRV berwarna hitam yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Sehubungan itu, beliau berkata sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi memburu suspek selain mempertingkatkan rondaan di kawasan terlibat dan melakukan perbincangan bersama penduduk dalam usaha menyelesaikan kes itu.

Katanya kes pertama dan kedua disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata manakala kes ketiga disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera semasa menyamun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: samun , Subang Jaya

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan