Mayat Bayi Ditemui Dalam Loji Kumbahan

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 1:07 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui terapung dalam loji kumbahan sebuah kolej swasta di Setiu, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata mayat bayi perempuan berkenaan dijumpai kira-kira pukul 3.30 petang oleh seorang pekerja kontrak pembersihan kolej tersebut.

"Semasa pekerja berkenaan meninjau di lokasi berkenaan, dia melihat objek terapung di dalam loji sebelum dia memaklumkannya kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita.

Menurut Wan Abd Aziz, pihaknya percaya mayat bayi yang cukup sifat itu berada di dalam loji berkenaan dalam tempoh 48 jam berdasarkan kepada keadaan mayatnya.

Beliau berkata mayat bayi yang dianggar berusia enam bulan dalam kandungan itu terdapat kesan kecederaan di lengan dan pahanya.

"Kita percaya mayat bayi ini keluar dari saluran tandas asrama pelajar kolej berkenaan dan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat bayi ini sedang dijalankan," kata Wan Abd Aziz.

Beliau berkata usaha mengesan ibu bayi itu sedang dilaksanakan termasuk melakukan pemeriksaan kepada pelajar kolej tersebut, klinik kesihatan dan hospital.

Mayat bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Setiu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan