Dua Lelaki Ditahan Larikan Remaja Perempuan - Berita Jenayah | mStar

Dua Lelaki Ditahan Larikan Remaja Perempuan

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang bertindak melarikan seorang remaja perempuan di sebuah sekolah di Cheras pada Rabu ditahan polis selepas kira-kira lapan jam melakukan perbuatan itu.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, dua lelaki berusia 22 dan 24 tahun melarikan mangsa yang berusia 16 tahun menggunakan sebuah kereta ketika remaja berkenaan keluar dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata suspek ditahan di sebuah bank di Taman Maluri di sini pada pukul 7.50 malam hari yang sama bersama mangsa.

"Kita berjaya mengesan kereta suspek hasil daripada risikan serta bantuan ibu mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan di sebelah kanan mata selain suspek turut mengugut untuk membunuh mangsa," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Mohamad Roy berkata siasatan awal mendapati mangsa merupakan bekas teman wanita kepada salah seorang suspek.

"Suspek mengenali mangsa sejak 2014 dan berpisah Disember tahun lepas atas halangan keluarga.

"Mereka juga telah beberapa kali melakukan hubungan intim sepanjang perkenalan itu," katanya.

Menurutnya suspek bertindak demikian kerana cemburu berikutan mangsa mempunyai teman lelaki baru.

Mohamad Roy berkata suspek direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang lelaki berusia 20-an ditahan kerana mengugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya di tempat letak kereta di Jalan Ampang di sini, kira-kira 4 petang Isnin lepas.

"Suspek meminta mangsa yang berusia 18 tahun itu untuk membayar 20 keping gambar bogelnya dengan harga RM200 sekeping," katanya.

Mohamad Roy berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: culik , remaja perempuan , Cheras
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan