Pengebom Berani Mati: Dua Beradik Peramah - Jiran

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2016 12:07 PM

Muhamad Shazwan (kiri) dan adiknya, Muhamad Shazani.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua beradik yang peramah tetapi tidak disangka terpengaruh dengan doktrin Kumpulan Pengganas Daesh sehingga sanggup menjadi pengebom berani mati.

Terkejut dengan laporan berita kematian mereka di Iraq baru-baru ini, seorang jiran yang enggan dikenali berkata Mohamad Shazwan Mohd Salim, 31, dan adiknya Muhamad Shazani Mohd Salim, 28, sering menyapa beliau ketika terserempak di kawasan kejiranan, di Ampang di sini.

"Abangnya sangat ramah, adiknya pendiam sedikit, tapi masih ramah, selalu kalau berjumpa mereka akan tanya khabar," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Khamis.

Mohamad Shazwan yang melaksanakan misi pada malam 3 Januari adalah seorang daripada tujuh pengebom berani mati yang menyusup ke pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, kira-kira 160km ke utara Baghdad, Iraq.

Sementara adiknya Shazani dilaporkan terkorban pada 18 September tahun lepas dalam satu misi di Bayji di Utara Iraq semasa pergelutan bersama pihak berkuasa Iraq.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kematian dua beradik itu dan seorang lagi pengebom berani mati rakyat Malaysia dari Terengganu berusia 26 tahun iaitu Mohd Amirul Ahmad Rahim.

"Saya tengok berita mengenai pengebom berani mati di TV, namun tidak menyangka kedua-dua mereka itu adalah jiran saya.

"Patutlah sudah lama saya tidak nampak mereka," kata jiran itu yang hanya menyedari dua beradik berkenaan terlibat dalam serangan bom setelah melihat gambar mereka.

Ditanya mengenai perwatakan dua beradik itu, beliau berkata mereka tidak menunjukkan sebarang tanda terlibat dalam kegiatan ekstremisme sepanjang mengenali mereka lebih tujuh tahun lalu.

"Malah, mereka tidak pernah bercerita mengenai Daesh atau cuba mempengaruhi saya menyertai mereka.

"Saya tengok penampilan mereka biasa sahaja, pakaian pun macam remaja biasa sahaja, keluarganya pun sama," katanya.

Beliau berkata tidak banyak remaja sebaya dengan dua beradik itu tinggal di kawasan perumahan berkenaan dan beliau percaya mereka bertindak bukan atas pengaruh rakan.

"Saya fikir daripada perkenalan saya dengan mereka, mereka ini tidak mungkin akan mengambil tindakan bodoh itu. Saya rasa mungkin ada yang menaja mereka ke sana," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kediaman keluarga mangsa berkunci.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Muhamad Shazwan Mohd Salim , Ampang , Daesh , Iraq

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan