Tiada Kem Latihan Daesh Di Malaysia - Khalid

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tiada kem latihan kumpulan pengganas Daesh didapati wujud di Malaysia.

Beliau bagaimanapun berkata Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga berikutan dakwaan terdapat kem-kem latihan kumpulan pengganas di selatan Filipina yang menyatakan sokongan terbuka terhadap fahaman Daesh.

"Kem latihan kumpulan pengganas berkenaan bukanlah kem latihan Daesh namun mereka didapati menyatakan sokongan terhadap kumpulan Daesh dan ini dilihat membahayakan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas menghadiri majlis berkaitan Aseanapol di sini, mengenai kemungkinan wujud kem latihan Daesh untuk dewasa mahupun kanak-kanak di negara ini.

Semalam, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun mendedahkan sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak Malaysia direkrut dan dilatih menjadi pejuang militan Daesh di beberapa kem di Syria dan Iraq.

Khalid seterusnya berkata usaha membawa pulang kanak-kanak berkenaan dilihat sukar kerana pemikiran mereka dilihat telah diracuni ideologi Daesh.

Namun, beliau berkata polis akan terus berusaha menghalang rakyat Malaysia  yang merancang pergi ke negara seperti Syria untuk mendalami ilmu dan latihan berkaitan kumpulan militan itu di sana.

Khalid turut berkata semua pihak termasuk madrasah dan sekolah agama perlu berhati-hati daripada terpedaya dengan fahaman Daesh yang mendatangkan bahaya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Daesh , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan