Pusat Kusta Diserbu, 10 Warga Asing Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 2:13 PM

Seorang pendatang asing warga indonesia ditahan pegawai imigresen dalam operasi di kawasan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) awal pagi Rabu. Operasi bermula 12.30 pagi dan berakhir tiga jam kemudian. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Selangor menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berselindung di kawasan perumahan bekas pesakit kusta di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Sungai Buloh dekat sini Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor Hishamudin Badiyol Zuman berkata kesemua PATI warga Indonesia itu terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita, berumur antara 25 dan 46 tahun, serta seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

"Mereka ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta permit tamat tempoh dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Rabu.

Katanya operasi itu adalah usaha Imigresen mengesan majikan yang melindungi pekerja asing berkenaan dan mereka menjalankan kerja pertanian termasuk menanam rumput dan pokok hiasan.

Hishamudin tidak menolak kemungkinan yang terdapat sekurang-kurangnya 150 PATI warga Indonesia mendiami kawasan itu sebelum ini dan mereka menggunakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik di PKNN secara haram, yang kini di bawah kawal selia Hospital Sungai Buloh.

"Kita akan lakukan operasi di kawasan ini secara berterusan dan ini merupakan fasa pertama," katanya sambil menambah operasi selama empat jam bermula 11 malam semalam itu disertai 26 pegawai dan anggota Imigresen termasuk petugas Jabatan Pendaftaran Negara.

Tags / Kata Kunci: PKKN , jabatan Imigresen , pusat kusta

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan