Polis Berjaya Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Bekas Isteri, Anak Tiri

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 12:09 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Lelaki yang disyaki membunuh bekas isteri dan anak tirinya berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan Ladang Kelapa Sawit Permodalan 1 IOI di Sukau, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan polis dengan bantuan pekerja ladang pada pukul 3.15 petang.

Katanya lelaki itu dipercayai bersembunyi di ladang kelapa sawit berkenaan selepas menikam bekas isteri dan anak tirinya di rumah pekerja ladang tersebut pada Isnin lepas.

Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam kejadian itu, suspek disyaki menikam bekas isterinya yang berusia 39 tahun dan anak tiri lelakinya berusia 24 tahun ketika kedua-dua mangsa sedang tidur di rumah pekerja ladang.

Kejadian itu disaksikan anak lelaki mereka berusia 14 tahun yang turut berada di rumah pekerja berkenaan tetapi tidak dicederakan bapanya itu.

A. Sahak berkata tiada senjata tajam dirampas daripada lelaki itu dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mencari senjata yang digunakan dalam kes berkenaan.

Berikutan penangkapan lelaki itu, beliau turut berterima kasih kepada orang awam yang sama-sama membantu polis hingga tertangkapnya suspek.

A.Sahak turut menghargai peranan media dalam membantu polis hingga dapat menyelesaikan kes itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan