Bayi Tiga Bulan Dipercayai Didera Alami Pendarahan Pada Otak

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 11:30 PM

Ashraf Abdullah, 35, (kiri) dan isteri Siti Marlina Md Ghuzali, 34, menunjukkan gambar anak mereka Alfateh berusia tiga bulan yang kini dirawat Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat mengalami pendarahan dalam kepala disebabkan pengabaian sebuah taska di Jitra, Kedah.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemeriksaan imbasan CT Scan terhadap bayi yang dipercayai didera di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jitra Isnin lepas mendapati terdapat pendarahan di bahagian selaput otak bayi berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata  bagaimanapun pakar yang merawat bayi berkenaan masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar pendarahan yang berlaku.

"Bayi tersebut kini di bawah jagaan rapi pakar pediatrik dan pakar neurosurgery," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam kejadian Isnin lepas, bayi berusia tiga bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala dipercayai diabai pengasuh di taska berkenaan sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira 2.40 petang.

Bapa bayi itu Ashraf Abdullah, 35, pensyarah di sebuah universiti awam, mendapati anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan lemah selain terdapat kesan lebam pada dagu kiri dan kepala.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan