Dua Beradik Direman Bantu Siasatan Kes Mayat Bayi Ditanam - Berita Jenayah | mStar

Dua Beradik Direman Bantu Siasatan Kes Mayat Bayi Ditanam

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 9:45 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis menahan reman dua beradik bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam di kawasan semak di Dangi, Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaluddin berkata lelaki berusia 24 tahun yang juga merupakan teman lelaki ibu bayi tersebut dan adik lelakinya berusia 21 tahun direman empat hari sehingga Sabtu ini.

"Ibu bayi berkenaan masih dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar bagi mendapatkan rawatan. Kami akan tengok dulu dari sudut perubatan sebelum kita reman ibu bayi ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Polis semalam menemukan satu bungkusan kain yang di dalamnya terdapat mayat bayi dalam keadaan cukup sifat tetapi telah kecut selepas mengorek lubang yang dikatakan lokasi mayat bayi itu ditanam.

Hasil siasatan awal mendapati bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan di sebuah rumah di Nilai sebelum ditanam di Dangi.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan