CCTV Rakam Kejadian Ragut Di Bangsar

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2016 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu klip video yang menunjukkan kejadian ragut berlaku di siang hari di luar sebuah pusat beli-belah yang sibuk di Bangsar pada Isnin tersebar di media sosial.

Klip selama dua minit itu yang dirakam oleh kamera CCTV pusat beli-belah itu menunjukkan pencuri tiba dengan motosikal di pintu masuk pusat beli-belah ketika kereta mewah sibuk menurun dan mengambil penumpang.

Lelaki itu menunggu dekat motosikalnya yang diletakkan di sebelah sebuah kereta mewah, dan bagi mengelak dirinya menjadi perhatian, dia berpura-pura melihat beg sandangnya.

Tidak lama kemudian seorang wanita dilihat berjalan keluar dari pusat beli-belah itu.

Pencuri itu secara bersahaja meluru ke arahnya, meragut beg tangannya dan memecut sambil mengheret wanita itu di atas tanah dalam jarak beberapa meter.

Pengawal keselamatan dan orang ramai dilihat mengejar motosikal itu lesap dalam keadaan lalu lintas yang sibuk.

Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia Kuan Chee Heng berkata, walaupun kes ragut di kawasan mewah di Bangsar telah menunjukkan penurunan, rakyat perlu terus sentiasa berwaspada.

"Ini adalah satu ancaman setiap hari," kata Chee Heng kepada The Star Online.

"Ia bukan satu jenayah yang dirancang terlelebih dahulu," kata Chee Heng sambil menambah kes rompakan memerlukan perancangan, manakala kes ragut adalah 'satu peluang' dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Chee Heng berkata, walaupun video itu menunjukkan kehadiran orang ramai di kawasan, mereka gagal untuk mengesan pencuri itu kerana tidak menyedarinya.

"Mereka (orang-orang di tempat kejadian) tidak cukup berjaga-jaga," katanya.

Beliau menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap  individu yang mencurigakan.

"Anda tidak perlu berhadapan dengannya (seseorang yang mencurigakan), tetapi anda boleh menghantar isyarat kepadanya untuk memastikan dia tahu anda adalah seorang yang berjaga-jaga," kata Chee Heng.

Katanya, walaupun orang ramai memilih untuk tidak memaklumkannya kepada polis, mereka masih boleh mengambil nombor pendaftaran kenderaan atau mengambil gambar.

"Orang ramai perlu memupuk tabiat ini," kata Chee Heng.
Tags / Kata Kunci: kes ragut , Bangsar , Kuan Chee Heng

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan